Sunday, March 18, 2012

BIODATA JAAFAR TAIB


Jaafar Taib dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 28hb Julai, 1952. Beliau memulakan karier di dalam bidang seni lukis lebih dari 25 tahun yang lalu sebagai seorang illustrator, dan pada hari ini beliau telah pun mencapai reputasi yang teguh di dalam dunia penerbitan. Beliau tidak hanya berjaya sebagai seorang kartunis dan ilustrator bahkan telah berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau telah berjaya menubuhkan dan menerajui syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan yang mengumpulkan antara artis-artis dan karyawan seni berbakat dan mahir di tanah air.Bakat semula jadi Jaafar Taib terserlah melalui berbagai aspek seni lukis, termasuk melalui figura manusia dan haiwan, dan juga hasil-hasil kerja seni yang mengabungkan elemen-elemen kebudayaan. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun ini beliau lebih menumpukan perhatian kepada himpunan lukisan koleksi  Birds Of Malaysia (Speisis Burung Malaysia) yang setakat ini sudah mengandungi lebih daripada 120 spesis burung .

Hasil karya seni beliau mendapat perhatian dari pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat dan mendapat penghargaan di merata tempat, dari pameran yang diadakan di tengah-tengah hutan sehingga ke galeri di dalam istana. Sebahagian besar dari hasil kerja Jaafar Taib setakat ini telah dibeli dan dikumpulkan oleh pihak pihak swasta dan korporat tempatan dan luar negeri. Diantara pengumpul yang terkenal termasuk Yang Mulia Raja Muda Selangor, Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohammad dan Tun Ghafar Baba, Pengerusi syarikat Shapadu Holdings Berhad, Muzium Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Southern Bank Berhad, Bank Negara Malaysia, Parlimen Malaysia dan banyak lagi.Hasil-hasil kerja Jaafar Taib juga pernah dipilih menjadi hiasan muka depan kalendar yang diterbitkan oleh berbagai syarikat korporat, antaranya Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), ESSO, TOSHIBA, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Disamping itu, karya-karya beliau juga pernah diterbitkan oleh berbagai syarikat penerbitan tempatan dan juga luar negara

2 comments:

  1. Assalamualaikum . saya seorang student seni di uitm puncak alam, saya buat kajian tentang gambar diatas . Saya nak tahu maklumat siapa pelukis gambar ni sebab saya tak jumpa gambar ni di laman web lain kecuali dekat blog cik.

    ReplyDelete